Marrakesh

Sebuah kota yang penuh misteri seperti Marrakesh tentu saja akan menarik perhatian orang-orang yang misteri seperti Elias Canetti. Di bahagian selatan Maghribi, dengan latar pergunungan Atlas, adalah tempat pertembungan pelbagai budaya – Afrika Utara (Berber), Timur Tengah dan Eropah – dan sekaligus menjadikannya sebuah kota yang menakjubkan, terutama dari pandangan mata orang Eropah.

Canetti, seorang warga Bulgaria yang juga saksi mata Perang Dunia Kedua, membuang diri sendiri ke England (juga ke beberapa negeri lainnya) dan gemar merayau-rayau dimuka bumi menemukan Marrakesh dengan penuh rasa berahi. Setiap derianya terbuka dan terdedah untuk dirasuk.

Dia tak mampu untuk mengetepikan pengalamannya yang hanya beberapa minggu di kota itu. Antaranya tentang unta-unta yang menjadi sebahagian daripada cara hidup orang di sana; mengapa mereka mempunyai alir emosi yang sebelum ini tak pernah diketahuinya antara manusia dan haiwan. Begitu juga dengan karektor-karektor wanita di sana, yang jika menurut Canneti, berselubung litup, tak dibenar untuk berbual dengan lelaki bukan muhrim di jalanan. Dia tertanya-tanya, bagaimana kalau dia, sebagai seorang asing, terpaksa bertanyakan arah dan lokasi yang hendak dituju. “Kalau begitu, kamu perlu tunggu sehingga ada lelaki yang lalu-lalang di situ sebelum boleh bertanya.” Pengalaman itu cukup aneh buat Canetti.

Tetapi dia menyukai hiruk-pikuk peniaga dipasar. Sebahagian daripada hari-harinnya yang diluangkan di kota berkenaan adalah ditempat-tempat begini. Dan dia sekali lagi hairan, bagaimana orang boleh memilih dan mengambil keputusan untuk membeli disebuah kedai sedangkan berpuluh kedai lain, yang letakknya disebelah kedai yang diinginkan itu, menjual barangan yang sama. Tawar-menawar harga juga menjadi begitu sukar dan menakutkan.

Dan dia juga sempat mengenal kalimat Allah. Yang didengarinya daripada rumah-rumah dan orang-orang di jalanan yang sering melagukannya berulang-ulang. Ada waktu, dia merasa janggal tentang itu. Di waktu yang lain, misalnya ketika bersendirian di kamar inapnya, dia cuba-cuba untuk menyebut dan melagukan nama besar itu sendirian hanya untuk memahami perlakuan orang-orang yang ditemuinya. Dan percik perasaan yang terbit ketika itu yang menjadi rahsia Canetti yang menyukai setiap getir yang menjalar dalam tubuhnya di Marrakesh.

Seorang buta, pendeta suci yang mengulum syiling pemberiannya pada suatu pagi adalah sebuah lagi peristiwa yang menimbulkan kekacauan dalam diri Canetti. Dia tidak memahami tingkah laku itu. Tetapi, orang tempatan menyifatkan si buta itu suci, dan setiap perbuatannya adalah terlalu abstrak untuk difahami orang biasa. Dia menjejaki pendeta itu selepas sehari bertemu dengannya di pasar. Si pendeta tak ada. Dia hanya muncul seminggu selepas itu, di sudut yang sama – sunyi dan tenggelam dalam bisik rohani sendiri – dan terus dengan kulumn syiling pemberian orang dan meludahnya ke tangan dengan air liur yang melimpah. Canetti tak perlu faham apa yang sedang dialaminya. Dia hanya perlu mencatatkannya dengan cemerlang.

The Voices of Marrakesh adalah sebuah catatan perjalanan yang luar biasa anehnya. Canetti tidak bercerita tentang ke mana tempat yang dia lawati; dia bercerita tentang rahsia kota yang tidak dikenalinya dengan cubaan-cubaan untuk mencari dan mengalami sendiri nyawa sebuah kota yang jauh dari budayanya sendiri. – HH

Advertisements
Marrakesh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s