Venezuela

Venezuela

VENEZUELA – OLIVER STONE

Saya ke Venezuela hujung minggu itu untuk bertemu dan mewawancara kepimpinan baru di sana. Bukan untuk filem biografi, seperti yang dilaporkan oleh media anti-Chavez, tetapi untuk sebuah filem dokumentari pendek untuk terbitan tv/internet yang berpusat Amerika Selatan sempena ulangtahun pertama kematian Hugo.

Saya agak terperanjat melihat bagaimana bersungguhnya kepimpinan baru ini terhadap dasar-dasar perubahan Sosialis di negara mereka. Saya juga bimbang Hugo Chavez mencuba terlalu banyak secara bersendirian dan tidak sempat mempersiap orang-orang ini untuk tugas-tugas selepas ketiadaannya. Yang pasti, tidak pernah terlintas dalam fikirannya dan teman-teman yang dia akan meninggal dunia begitu awal, pada usia 58, atau kematian yang begitu mengejut dan ganas kesan daripada barah yang agreasif.

Kepimpinan baru ini sedang menghadapi cabaran paling dahsyat daripada penentang sayap kanan, yang mana, sama seperti perwakilan Republikan kita, tidak pernah habis-habis dengan tuduhan-tuduhan gila dan cubaan menyah-stabilkan keadaan – dan, lebih halus daripada itu, ancaman risikan CIA dan tak lupa asakan imej oleh media-media patuh Amerika. (Bila agaknya kamu pernah membaca laporan yang positif sepanjang 13 tahun terakhir ini mengenai Venezuela di MSN?). Bila saya bertanya berapa ramai orang CIA beroperasi di Venezuela, ketua risikannya menyatakan angka ini dengan tepat, 50; mereka nampaknya berhasil menyusup ke dalam. Orang-orang CIA ini kebanyakannya menyamar sebagai perantara perniagaan yang terlibat, bersama-sama fanatik sayap kanan, melakukan sabotaj terhadap ekonomi.

Ingat kembali pada Ogos 2012, dua bulan sebelum pilihanraya semula Chavez pada Oktober, 48 orang terbunuh di dalam satu kejadian letupan di tapak penapisan minyak di PDVSA, syarikat milik negara, dalam satu aksi sabotaj.

Ketika Chavez memenangi semula pilihanraya itu untuk penggal keempat mengatasi calon yang disokong Amerika, Henrique Capriles, pada Oktober 2012, dia sedang menunggu maut. Dia mula sakit sejak pertengahan 2011. Dia kemudiannya meninggal dunia pada Mac 2013. Amerika Syarikat mencuba sehabis daya untuk menewaskannya dalam pilihanraya tersebut. Wang disalurkan ke kem pembangkang dalam cara yang sama rangkaian USAID/CIA berfungsi sejak dulu, tetapi kini dengan agensi-agensi Amerika sudah diusir keluar, kita menggajikan NGO pula. Amerika tambah terkejut ketika Naib Presiden Nicolas Maduro mendahului Capriles di dalam satu pemilihan khas pada April selepas kematian Chavez.

Sangat jelas daripada perbualan dengan Presiden Maduro dan kabinetnya bahawa tiada apa yang berubah. John Kerry baru-baru ini melalukan rutin ‘diplomatik’nya bertemu Menteri Luar Venezuela, Elias Jaua, menyatakan bahawa akan terjalin hubungan yang lebih baik antara kedua-dua negara itu selepas ini, tetapi Venezuela tidak boleh, dengan apa cara sekali pun, menawarkan perlindungan kepada Edward Snowden. Venezuela memang mempertimbangkan ‘rasuah’ itu, yang memberikan kelebihan ekonomi kepada mereka, namun mendapati ia bertentangan dengan prinsip dan dasar negara. Seperti yang kamu tahu, Snowden dipelawa untuk memohan perlindungan di sana. Antara dokumen yang dibocorkan oleh Snowden sebelum ini adalah berkaitan penyah-stabilan Venezuela.

Saya menulis untuk mengingatkan mereka yang peduli bahawa perang rahsia masih berlangsung di Venezuela. Ia adalah perang yang dianjur dan dilawan oleh hanya satu pihak, Amerika, menentang sebuah negara kecil Venezuela. Tiada apa yang berubah sejak Doktrin Monroe. Jika ada, ia menjadi semakin hodoh, lebih banyak pembunuhan, dan bersandarkan pada usaha teknikal.

Chavez, yang seperti lembu jantan dengan kudrat yang mahakuat, sejak pertama kali jatuh sakit pada Jun 2011 dengan tumor pada kaki, sentiasa merasakan bahawa permulaan sakit itu bukanlah secara alami. Beberapa individu yang rapat dengannya juga menyatakan kepada saya berkaitan awal-mula barah itu – yang diragui. Nicolas Maduro dan kepimpinannya tidak pernah mengalah. Ini akan menjadi satu tempoh merbahaya, sama seperti selalunya di Venezuela sejak Revolusi Chavez. Tetapi hati saya bersama mereka. Mereka adalah pejuang. Mereka tidak akan berputus asa – walaupun presiden sebenar pertama mereka dirampas dengan penuh syak-wasangka di dalam perang yang sepertinya tidak akan kunjung padam ini – di ‘laman belakang’ Amerika Utara.

– diterjemahkan oleh Hafiz Hamzah

Advertisements
Venezuela

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s