Tanpa Tajuk

Di alam gelap bintang teruna
Ditarik mata hati tertawan
Amalkan tetap cita sempurna
Barulah kata diri pahlawan

Mengganti pisang dengan kedondong
Lain dikunyah lain dirasa
Memanglah musang guru si jadong
Rosak amanah cita binasa

Laung suara tiada hentinya
Hendakkan bangsa gagah dan maju
Sungguhpun mesra semak ertinya
Jangan biasa salah teraju

.

.
Syed Hussein Alatas, dipetik dari teks syarahan Cita Sempurna Warisan Sejarah. Penerbit UKM, 2000.

Advertisements
Tanpa Tajuk