TIGA KISAH MINI – Tangkai, Panggilan & Koma

tangkai-bunga-bw

I. Tangkai

Ira menyorong masuk anak kunci ke alur pada tombol. Logam-logam lain bersentuhan di dalam genggamannya, bergemerincing. Dia kemudian menolak daun pintu yang berat dengan setengah tenaga. Aku memandang ke wajahnya, cuba membaca kalau ada apa-apa petanda buruk yang mungkin bakal menimpa aku, paling tidak dari mulutnya yang celupar. Anginnya agak baik, aku kira.

Beberapa jam sebelum itu dia dalam perjalan turun dari Cameron Highland. Aku tak ingat, kalau-kalau dia ada menghantar pesan ringkas sebagai makluman atau tidak. Dalam banyak-banyak beg plastik yang dikendong dan kemudian diletak ke lantai, ada satu yang penuh dengan juntaian tangkai bunga. Aku perhatikan tanpa sebarang prasangka; tak ada apa yang aneh tentang Ira dengan bunga-bungaan.

Selang lima minit kemudian, selepas perbualan-perbualan rutin yang tak perlu kau tahu, mataku ditarik lagi ke arah bunga-bungaan, kini sudah dikeluarkan dari plastik dan kertas pembalut, diletakkan di dalam balang, di atas meja. Entahkan berapa jambak, entahkan berapa kuntum, entahkan berapa ikat. “Ini bunga yang sudah diawet. Boleh tahan sampai dua tahun.”

Inilah masalahnya dengan pengetahuan. Sebelum maklumat itu sampai ke telinga, aku melihat bunga-bunga itu dengan pandangan yang menyenangkan dan bersahaja. Sesetengah orang merasakan warna-warna seperti itu — merah jambu dan kuning cair —sebagai sangat cantik. Aku pula merasakan ia terlalu lembut dan lemah. Tapi, sekurang-kurangnya fikiran aku terhadap bunga-bunga yang bercambah di atas meja itu habis di situ sahaja.

Tetapi, selepas aku mengetahui bunga-bunga itu telah diawet, untuk tujuan mati yang ingin disimpan-simpan lagi, aku mendapati diri aku begitu resah untuk menghadam perkara itu. Bagaimana aku tergamak untuk menyimpan benda mati (yang sebelum ini hidup) di dalam rumah? Tak cukup dengan itu, tujuannya pula adalah untuk mengingati yang indah-indah?

Baca selanjutnya

Advertisements
TIGA KISAH MINI – Tangkai, Panggilan & Koma

Zenith: Siri Dua

Zenith2_bw

Tetapi, untuk beralih iman (jika betul kau sedang mempertimbangkannya), aku fikir itu jangan kau lakukan dengan terburu-buru. Satu pun tak selesai, dan kau nak lari dari masalah dan beralih kepada yang satu lagi? Ketika memikirkan hal ini, aku teringatkan kisah seorang anak kecil Muslim, yang pada usia 11 tahun, berdiri didepan patung besar Jesus Christ di dalam sebuah gereja, dan bertanyakan soalan kepadanya. Nantilah aku tuliskan dalam buku nota ini; sekarang aku nak cari makan, lebih dua hari aku belum lagi dapat apa yang aku inginkan, makanan mewah untuk orang seperti kita; nasi ayam madu. Minta sedikit duit dari dalam tabung kau, ya?

Ilustrasi oleh Ahmedfeni. Zenith dalam ansuran kedua. Baca lanjut di The Daily Seni.

Zenith: Siri Dua