RIBUAN – LEONARD COHEN

Daripada ribuan
mereka yang dikenali
atau yang ingin dikenali
sebagai penyair,
mungkin satu atau dua
adalah asli
dan selebihnya palsu belaka,
bergayut dalam lingkungan suci
mencuba untuk dilihat sebagai yang sebenar.
Tak perlu dinyatakan
aku seorang daripada yang palsu,
dan ini kisahku.

 

– diterjemahkan oleh Hafiz Hamzah, 26 Julai 2016.

Advertisements
RIBUAN – LEONARD COHEN

KECURANGAN – JACK GILBERT

Si perempuan tak pernah mati ketika si lelaki bertemunya.
Mereka makan mee untuk sarapan seperti biasa.
Untuk sebelas tahun si lelaki menyangka bahawa ia adalah sungai
di dasar mindanya yang bermimpi.
Kini dia tahu si perempuan hidup di dalam dirinya,
ketika angin adakalanya kelihatan
di dalam pokok. Ketika bunga-bunga ros dan rhubarb
ada di taman dan kemudiannya tidak.
Abu si perempuan ada di tepi laut di Kamakura.
Wajah dan rambut dan tubuh manisnya masih
di dalam vila usang di atas gunung tempat
dia tinggal sepanjang musim panas. Mereka tidur
di atas lantai selama sebelas tahun.
Tetapi kini si perempuan datang semakin kurang dan kurang.

 

– diterjemah oleh Hafiz Hamzah, 26 Julai 2016. Dari kumpulan sajak Refusing Heaven (2005).

KECURANGAN – JACK GILBERT

AKU MERINDUI IBUKU – LEONARD COHEN

Aku ingin membawanya ke India
Dan membelikannya
Emas serta permata
Aku ingin mendengar keluhnya
Untuk si miskin di jalanan
Dan mengkagumi
Kekelabuan tiada ampun
Laut Arab
Dia betul di dalam semua perkara
Termasuk gitar dunguku
Dan ke mana ia telah membawaku
Dia akan menjadikan semuanya masuk akal
Bendera-bendera dari kain kapas
Kesedihan sebuah pelabuhan
Pintu-pintu gerbang zaman silam
Dia akan mengusap kepalaku yang kecil
Dan merahmati laguku yang kotor

 

– diterjemahkan oleh Hafiz Hamzah, 26 Julai 2016.

AKU MERINDUI IBUKU – LEONARD COHEN

Venezuela

Venezuela

VENEZUELA – OLIVER STONE

Saya ke Venezuela hujung minggu itu untuk bertemu dan mewawancara kepimpinan baru di sana. Bukan untuk filem biografi, seperti yang dilaporkan oleh media anti-Chavez, tetapi untuk sebuah filem dokumentari pendek untuk terbitan tv/internet yang berpusat Amerika Selatan sempena ulangtahun pertama kematian Hugo.

Saya agak terperanjat melihat bagaimana bersungguhnya kepimpinan baru ini terhadap dasar-dasar perubahan Sosialis di negara mereka. Saya juga bimbang Hugo Chavez mencuba terlalu banyak secara bersendirian dan tidak sempat mempersiap orang-orang ini untuk tugas-tugas selepas ketiadaannya. Yang pasti, tidak pernah terlintas dalam fikirannya dan teman-teman yang dia akan meninggal dunia begitu awal, pada usia 58, atau kematian yang begitu mengejut dan ganas kesan daripada barah yang agreasif.

Kepimpinan baru ini sedang menghadapi cabaran paling dahsyat daripada penentang sayap kanan, yang mana, sama seperti perwakilan Republikan kita, tidak pernah habis-habis dengan tuduhan-tuduhan gila dan cubaan menyah-stabilkan keadaan – dan, lebih halus daripada itu, ancaman risikan CIA dan tak lupa asakan imej oleh media-media patuh Amerika. (Bila agaknya kamu pernah membaca laporan yang positif sepanjang 13 tahun terakhir ini mengenai Venezuela di MSN?). Bila saya bertanya berapa ramai orang CIA beroperasi di Venezuela, ketua risikannya menyatakan angka ini dengan tepat, 50; mereka nampaknya berhasil menyusup ke dalam. Orang-orang CIA ini kebanyakannya menyamar sebagai perantara perniagaan yang terlibat, bersama-sama fanatik sayap kanan, melakukan sabotaj terhadap ekonomi. Continue reading “Venezuela”

Venezuela