Pandang Mata Usman Awang

(I)

Di sebuah rumah separa kayu di Kampung Batu 18, Hulu Langat, Selangor, air sungai yang mengalir di belakang rumah akan melimpah masuk ke dapur waktu hujan lebat. Arus deras. Seorang lelaki masuk dan duduk di ruang tamu, sedikit kebasahan barangkali. Yang tidak diketahuinya ialah tentang keghairahan yang terselindung dibalik sebuah rak buku, tak jauh dari tempat dia menunggu untuk dihulurkan tuala dan teh O panas.

Sebuah rak lama yang terkandung di dalamnya lambakan buku; juga dari judul yang lama-lama. Mujur masih tak dimakan anai-anai. Lelaki itu duduk didepannya ketika orang lain di bahagian belakang rumah, sibuk dengan hal-hal lain yang lebih menarik minat masing-masing (seperti berceloteh berguraukan punggung siapa yang lebih lebar, atau betis siapa yang lebih mulus).

Satu per satu judul pada tulang buku-buku yang ada diteliti. Beberapa buah buku juga sudah siap ditarik keluar, dihembus-hembuskan habuk pada kulitnya. Semua itu adalah judul-judul yang sudah lama bermain dalam bayangan fikirannya – kerana pernah terbaca di mana-mana agaknya, tetapi tidak lagi diulang cetak untuk tatapan pembaca zaman ini; seperti kerja-kerja itu tak lagi perlu diingati.

Di antara judul-judul yang ada, sebuah daripadanya adalah himpunan sajak Usman Awang, Duri Dan Api yang dicetak pada tahun 1960an. Terdetik juga dalam hati kecilnya untuk mencuri buku-buku itu. Tetapi, setelah memerhatikan raut wajah lembut seorang wanita separuh umur yang kemudiannya datang menghidangkan minuman, niat itu padam. “Kalau nak baca, ambillah dulu. Tapi nanti bila sudah selesai, pulangkan. Itu harta untuk ditinggalkan kepada cucu-cucu makcik nanti biar mereka tak lupa diri.”

Lelaki itu tak jadi mencuri. Dia hanya meminjam. Dibetulkan niat. Continue reading “Pandang Mata Usman Awang”

Pandang Mata Usman Awang

Kekasih

Usman-Kekasih2-1024x688

Ruang dewan kecil Indicine di lantai atas KLPAC Sabtu lalu penuh dengan orang-orang yang menjadi ‘hamba’ dunia penulisan; dari Prof. Muhammad Haji Salleh, Dr. Lim Swee Tin, Baha Zain, Pak Samad Said, Dinsman – sekadar menyebut beberapa nama. Mereka di situ untuk meraikan teman yang sudah lama pergi, sejak 2001; Allahyarham Usman Awang. Sebuah buku, dengan judul Kekasih, diterbitkan dan dilancarkan dalam majlis yang serba ringkas petang itu. Semua daripada perai ini membacakan sepotong sajak yang sama ada ditulis Usman, atau yang bercerita tentang Usman.

Baca lanjut di The Daily Seni.

(Foto: Dinsman/ 2014  © Hafiz Hamzah)

Kekasih